Notis Privasi
Maklumat yang anda hantar digunakan oleh admin Cari Recond untuk mengurus pertanyaan kereta dan mencari padanan.
Data yang dikumpul
Nama, lokasi dan nombor telefon. Jika pertanyaan dibuat melalui halaman kereta atau model, rujukan pilihan itu turut disertakan. Kami tidak meminta nombor IC, slip gaji atau dokumen kewangan dalam borang ini.
Perkongsian bagi memenuhi permintaan
Maklumat yang berkaitan boleh dikongsi dengan sumber atau dealer yang dipilih untuk menghubungi anda dan membantu permintaan anda. Borang ini tidak mendaftarkan anda untuk promosi pemasaran.
Akses dan pembetulan
Semasa admin menghubungi anda, nyatakan nombor rujukan pertanyaan jika anda mahu membetulkan maklumat, menarik balik opt-in atau meminta pemadaman. Akses rekod dihadkan kepada admin Cari Recond.
Pengukuran website
Website merekod kiraan aktiviti agregat seperti carian dan paparan unit. Nama dan nombor telefon tidak dihantar sebagai parameter analytics luaran. Browser menyimpan kategori saluran dan rujukan halaman masuk dalam tab sehingga 30 minit untuk dikaitkan dengan pertanyaan. Query URL, ID iklan dan maklumat pengenalan tidak disimpan dalam rekod atribusi ini.
